Al-Maidah, dari Ayat 21~30.
21. “Hai kaum ku !” masuklah
ke negeri suci yang Allah telah tentukan untuk kamu, dan janganlah kamu mundur
atas tumit-tumit kamu, kerana dengan sebab itu, kamu akan jadi orang-orang yang
rugi.
22. Mereka berkata; “ya Musa
! sesungguhnya dinegeri itu, ada kaum yang zalim, dan kamu tidak akan masuk
kepadanya hingga mereka keluar daripadanya, maka kalau mereka keluar daripadanya,
sesungguhnya kami akan masuk”.
23. Telah berkata dua
orang dari golongan orang-orang yang
takut, yang Allah telah beri nikmat kebenaran atas keduanya; “masuklah kepintu negeri
atas keduanya; “masuklah kepintu negeri itu buat melawan mereka, kerana apabila
kamu masuk kepadanya, maka sesungguhnya kamu akan menang, dan kepada Allah lah
hendaknya kamu berserah diri, jika memang kamu orang-orang mukmin”.
24. Mereka berkata; “ya Musa
! sesungguhnya kami tidak akan masuk kenegeri itu selama mereka ada pada nya.
Lantaran itu, pergilah engkau dan Tuhan mu, dan perangilah mereka.
Sesungguhnya kami, disinilah kami
duduk”.
25. Ia berkata; “hai Tuhan ku !
sesungguhnya aku tak memiliki melainkan diri ku dan saudara ku. Lantaran itu,
pisahkan lah antara kami dan kaum yang pasik itu”.
26. Ia berfirman;
“sesungguhnya negeri suci itu diharamkan atas mereka empat puluh tahun, mereka
akan hanyut dibumi. Lantaran itu, janganlah
engkau dukacita atas kaum yang pasik itu”.
27. Dan bacakan lah kepada
mereka khabar dua anak Adam dengan benar, tetakala mereka masing-masing
berkorban satu korban, lalu diterima seorang daripada mereka berdua dan tidak
diterima dari yang lain nya. Ia berkata; “sesungguhnya aku akan bunuh mu”. Ia
jawab; “sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang-orang yang berbakti”.
28. “Sesungguh nya kalau engkau hulurkan tangan mu
kepada ku buat membunuh ku, tidaklah aku akan menghulurkan tangan ku kepada mu
untuk membunuh mu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan bagi
sekelian makhluk”.
29. “Sesungguh nya aku mahu
supaya engkau pikul dosa ku dan dosa mu sendiri, lalu engkau jadi ahli neraka,
kerana yang demikian itu balasan bagi orang-orang yang zalim”.
30. Tetapi nafsu nya
memudahkan dia membunuh saudaranya, lalu ia bunuh dia, maka jadilah ia daripada
orang-oranng yang rugi .
.
Sumber dari;
[] https://sites.google.com/site/misaiharimau/2/1
Following Twitter, [] https://sites.google.com/site/misaiharimau/2/1
[] https://twitter.com/ppptam2/status/662781736485457920
.